Aku dah jauh… aku dah ada kat Filipina..
Buat masa ni aku derita.. aku rindu ngan anak isteri aku…
Mental tersangat lah down…
Moga dipermudahkan segala urusan… Amin…

Aku dah jauh… aku dah ada kat Filipina..
Buat masa ni aku derita.. aku rindu ngan anak isteri aku…
Mental tersangat lah down…
Moga dipermudahkan segala urusan… Amin…
Tak lama dah.. aku nak terbang meninggalkan bumi Malaya untuk mencari ilmu di perantauan.. Doakan aku selamat tiba di sana.. doakan aku dapat mengejar cita-cita.. doakan aku dapat menggapai impian.. doakan aku selamat pulang ke tanah air…
Aku pasti akan merindu korang semua..
Rindu yang teramat pada anak isteri aku… Doakan abang ye sayang.. doakan babah ye aimi..
28 tahun lalu aku dilahirkan ke dunia ni. Mak aku kata antara adik beradik aku.. saat kelahiran aku lah yg paling sempurna. Aku mula melihat dunia atas katil di wad bersalin Hospital Kem Terendak. Sempat mak aku beranak kan aku atas katil. Ekekek.. Mak aku kata dulu aku kecik je. Skang ni dah besar cam arwah ayah aku. Masa remaja kempot tapi skang dah boroi. Hehehe.. Mak memang seorang ibu yang periang dan amat mengasihi anak-anaknya. Mak.. engkaulah ibu dan engkaulah bapa setelah ayah pergi meninggalkan kita..
Selamat hari ibu mak…
2 tahun yang lalu aku dapat seorang ibu mertua. Hasil usaha aku memikat anak dia yang cun. Hehehe.. Mummy memang seorang ibu yang tabah. Tabah membesarkan anak-anak dia. Tabah melayan karenah pesakit-pesakit di hospital. Maklum la.. mummy aku seorang misi yang otai. Bagi aku.. takkan terbalas jasa mummy oleh anak-anak dan anak menantu dia. Takkan terbalas jasa dia menjaga kebajikan pesakit kat hospital. Mummy pun suka bagi aku makan. Sedap2 masakan mummy. Hehehe…
Selamat Hari Ibu Mummy…
Hampir 8 bulan yang lalu.. isteriku yang amat aku sayangi bergelar seorang ibu. Segala penat jerih payah menyabung nyawa terbalas dengan kelahiran puteri sulung kami.. Aimi Husna. Lahirnya membawa keberkatan yang amat indah buat kami terutamanya isteriku. Tak terbayang kegembiraan di wajahnya. Linangan air mata kesyukuran menjadi saksi kurniaan yang tak terhingga buat kami. Sayang.. terima kasih kerana dirimu..aku jua telah menjadi seorang bapa. Tak terbalas segala pengorbanan dan keperitan yang telah kau lalui. Abang dan Aimi akan sentiasa menyayangi mu sayang…
Selamat Hari Ibu Sayang….
Buat Along.. Kak Yanti.. Kak Ujie.. Kak Ina.. Mardhiah… Selamat Hari Ibu aku ucapkan. Semoga kalian semua tabah mengharungi dugaan sebagai seorang ibu..

Buat isteriku yang tersayang..selamat menyambut ulangtahun perkahwinan kita yang ke-2.. Salam sayang dan rindu daripada abang di kejauhan..

Takde ada idea nak update blog ni sebenarnya. Malas la senang citer. Heheh.. Sibuk skit ngan keja. This year banyak kursus ngan training nak kena bagi. Meeting pun macam2. Banyak menda yang nak kena buat. Letih la badan. This weekend nak kena gi kursus for 2 weeks kat Philippines plak. Cam tak nak gi pasal 2nd annivesary aku n wife next week. Sian dia ngan anak aku kena tinggal. Huwaaa.. mesti rindu la nanti. Tapi nanti kalo2 jadi aku kena gi study kat UPLB lagi menyeksakan kalo family tak dapat ikut. Huwaaaa… 2 tahun tu kalo jadi. Tak tentu lagi tu.. jawapan daripada UPLB pun tak sampai2 lagi ni. In case kalo tak dapat kena la aku menjawab kat Pengarah aku. Hadoi… Tunggu je la dulu camner. Tawakal je..
For the time being, idop je la cam biasa. Hehehe… takde idea dah nak citer apa. Till then… mari kita semua keja rajin2. Ekekeke..
Sempena ngan perasmian komplek sukan MARDI Seberang Perai.. management Kelab Sukan decide nak anjurkan tournament volleyball among staf MARDI S.Perai. Banyak team tetiba muncul. Ekekek.. Salah satunyer adalah Team Meet Uncle Said. Hehehe.. Tournament tu bakal berlangsung awal Februari ni. So, kitorang semua giat la training tak kira team. Semua berganding bahu berlatih tak ingat nyer. Tapi main-main ngan gelak-gelak je banyak. Wakakaka.. Tapi takda hal tu semua. Yang penting semua hepi. Semangat setiakawan perlu dipupuk. Ekekek.. Lagipun nak praktis utk sukan MARDI awal bulan Mei ni. Chaiyok2.. To all players..chewah… All the Best ye!! Especially for Team Meet Uncle Said.
M.U.S 2009 : Keril, Bad, Hery, Shahril, Ise, Khosim, Hashim, Pazli, Pak N (Team Manager)

Duhai anakku tercinta…
Di kala kau sedang lena di pembaringan
Dibuai mimpi indah.. digigit dinihari..
Kutatap wajahmu
Berombak-ombak pipi montelmu
Lalu kau tersenyum…
Seolah-olah menyapa kehadiranku
Kulihat kau persis selembut kain putih
Yang terbentang untuk diwarnai
Hijau..kuning..biru..atau merah
Demi Allah duhai anakku tercinta..
Kan kulukis kebesaran tauhid
Kucorak sunnah Rasulullah
Kulakar jalan lurus ilmu syariah
Kuadun warna-warna
Ilmu kemahiran hidup
Kuhiasi dengan ilmu hikmah
Untuk bekalanmu
Bermusafir di muka bumi Allah ini
Lalu kubisikkan ke telinga kananmu
Duhai anakku tercinta…
Apabila kau besar nanti
jadilah orang beriman
Hidup dengan cemerlang
Menjadi permata buat masyarakatmu
Menyinar cahaya
Di malam yang gelap gelita
*Dipetik daripada Duhai Anakku yang Tercinta
Nukilan Haji Muhammad Zakaria
2009 dah pun tiba. Tup tap tup tap dah sampai dah tahun baru. Hehehe.. Apa azam kali ni? Ada ke tak ni? Azam 2008 pun tak tahu dah tercapai ke tak. Aku sendiri pun tak ingat apa. Tapi yg pasti dalam jiwa aku memang teringin nak wife aku selamat melahirkan cahaya mata pertama kitorang. Teringin sangat nak tengok anak kami lahir ke dunia. Alhamdulillah.. kami dah pun dapat menimang seorang puteri 16 Sept 2008 sehari sebelum Nuzul Quran. Baby Malaysia lagi..hehe.. Sejak kelahiran baby kitorang si Aimi Husna tu..satu family happy sangat2. Aimi comel giler.. Seronok dan sejuk je mata memandang. Wife aku sayang betul kat dia. Wife aku tak penah berenggang ngan aimi. Aimi pun dapat yang terbaik dari ibu dia. Bukan dari ladang.. Hehe. She’s the best lah..until when when.. Huhu..
Buat masa sekarang ni aimi untung sangat sebab mama dia sentiasa ada. Nanti bila mama dia start keja tak tau la camner. Agak sukar memandangkan aimi totally depend on breastfeed. Kekadang aku kesian tengok wife aku. Biar pun waktu tu dia sibuk uruskan hal umah..hal tesis..dia tetap tabah layan kerenah aimi. Pengorbanan seorang ibu memang takde tolok bandingnya.
Tahun 2009 ni, kami berharap yang terbaik untuk kitorang especially aimi. Nak besarkan aimi sama2 biarpun susah payah. Aku tak tau la.. nanti pun nak gi further study. Study plak kena ke seberang Laut China Selatan. Kalo wife dan baby aku leh ikut Alhamdulillah. Skang ni risau kalo2 wife kena start keja je. Semoga dipermudahkan segala urusan.. InsyaAllah
Buat aimi husna… takmo nakal2 dan cepat2 le besar. Babah dan mama sayang sangat kat aimi. Stay cute ye..